Friday, 20 April 2012

#OccupyDataran

Pada minggu lepas, ada seorang sahabat bertanyakan pendapat saya mengenai PTPTN. Secara umumnya saya menyokong usaha #OccupyDataran. Walaupun saya bukanlah peminjam PTPTN , tetapi saya tahu betapa PTPTN ini membebankan. Saya juga terfikir, daripada duk desak bagi pendidikan percuma baik tuntut hapuskan interest dahulu dan pendapat ini rupanya senada dengan Dr Asyraf Wajdi .

Di bawah ini merupakan jawapan saya kepada rakan tersebut :

Saya suka dengan usaha #occupydataran tapi sebetulnya bagi saya sebelum tuntut hapuskan ptptn baik hapuskan kadar bunga tu dulu..

mmg la penting pendidikan percuma tapi perlulah berstrategi dan ber-mechanism. Kena kenal pasti
1) dari sudut apa coverage yg ingin diberikan (i.e. tuition fees je ke, include hostel ke apa ke) dan

2) kepada siapa nk bg pendidikan percuma tu.


X kan nak bg pendidikan percuma dekat anak-anak org kaya kan. Polisi pendidikan percuma ni akan bg kesan pada IPTS juga, so nak percumakan ke IPTS itu?.


IPTS sangat memerlukan PTPTN. Sebabnya, Pelajar-pelajar yg tidak layak memasuki IPTA akan memilih IPTS (exceptional kpd yg willingly choose IPTS) untuk mengubah nasib. Pelajar2 IPTS ini akan terdiri daripada mereka yang berkemampuan dan kurang kemampuan. Dengan adanya PTPTN, bebanan ibubapa pelajar yang kurang berkemampuan akan berkurangan (peace of mind) kerana ada jaminan untuk anak-anak mereka mempunyai wang semasa belajar.


PTPTN dalam masa yg sama sering dilihat sebagai penyelamat kepada IPTS. IPTS selalunya dimiliki oleh orang-orang kaya. Dengan adanya PTPTN, semakin terjaminlah si kaya untuk meneruskan perniagaan dalam pendidikan. Matlamat diorg ni profit so sekali lagi orang-orang yang kurang berkemampuan ditipu/ditindas oleh orang-orang kaya.

Si peminjam org susah; dapat pinjaman ; duit pinjaman bg (byr) kat si kaya ; habis belajar,duit habis ; kena bayar balik dgn harga melampau tinggi



so, sampai sudah jadi miskin.. saya sangatlah meluat bila politicians ckp takut students take for granted pendidikan kalau bagi free...bodoh punya statement...kalau free bermechanism x de hal la.


Population gol muda makin ramai. IPTA mmg x leh cater supply of pelajar yg ramai. So bagi saya IPTS kena transform ke arah people friendly. Kerajaan wajib bagi oppurtunity kpd anak muda belajar no matter how. Persoalan nk funding PTPTN should not be a prob sbb gov boleh fikir cara nk fund projek mega yg sia-sia x kan x leh fikir nk menambah lagi fund education


...........................................


Itulah jawapan sy kpd rakan tersebut. Ianya perkara yg terlintas dalam fikiran pada masa tersebut. Lepas tu sejak kebelakangan ni, banyak pula statement seperti x payah tuntut pendidikan percuma, layakkan diri untuk dapat first class dulu, lepas tu hutang langsai. Amboi!!!. Senang nya cakap!. Dia ingat semua orang bertuah untuk dapat first class. Dia ingat yang x dapat first class ni ,main-main waktu belajar. Wei, kalau belajar seteruk mana pun tapi kalau mmg Allah x bagi first class kat org tu x dapat juga. Ni saya bercakap berdasarkan pengalaman. Ramai je saya kenal org yg main-main waktu belajar tapi turn out dpt first class.



Oleh itu, isu menuntut pendidikan percuma dengan isu dapat scholarship sangatlah berbeza. Pendidikan percuma/ hapuskan PTPTN patut dilihat secara kepentingan awam. Dalam Malaysia ni hanya 1 juta je org yg bayar tax, nampak sangat la berapa kerat je yang mampu menanggung diri tanpa mengharapkan bantuan.


Kalau rasa pendidikan percuma tu extreme sangat yg x tercapai dek akal nak rationalize , hapuskan dulu interest, RETI.


Mahasiswa tajaan lepasan luar negara selalunya x berapa faham isu mahasiswa dalam negara. Rata-rata mereka nampak mahasiswa dalam negara ni kurang daya intelektual dan tidak seperti mereka. Diorang tu berapa kerat je yang dapat First Class untuk bidang masing-masing. Mentang-mentanglah ditaja dan apabila pulang dijamin pekerjaan, diorg pun rasa isu ini tidak relevan.





Mahasiswa dalam negara pula yg x ditaja ni , x kan nak laungkan Pendidikan Percuma/ Hapus PTPTN tapi cara anda tadbir kewangan x macam org yg btl-btl nak pendidikan percuma. Memang ada lah jenis mahasiswa yang salah guna duit pinjaman PTPTN seperti selalu tukar-tukar gadget , berjoli sana-sini, belanja le gf @ le bf. Tapi bila tgk attitude dalam kelas hampeh, assignment meniru, waktu lecture duk baca 9gag, sms sana sini , buka fb, update twitter, bila ada group work je suka jadi free rider, waktu exam meniru dgn cara gila pandai yg x terfikir dalam benak org yang x pernah meniru. Yang macam ni ke kerajaan nak bagi pendidikan percuma???



Kalau nak kerajaan tanggung tuition fees dan segala bagai, kita mahasiswa dalam negara kena ubah attitude. Layakkan diri kita untuk belajar di Universiti. Golongan muda makin lama makin ramai. Universiti x dapat nak cater semua orang masuk IPTA. Tapi kalau perangai budak-budak u macam saya sebutkan tadi tu dipanggil perangai yang xlayak masuk universiti. Ramai kenalan sewaktu belajar dulu jadi mangsa menyudahkan assignment para free rider yg suka ambil mudah dalam pelajaran. Gol free rider ni sgt kaya dengan alasan bila minta diperjelas mengapa tidak membuat bahagian yg sepetutnya diselesaikan untuk satu-satu tugasan.




Sebagai kesimpulan, Pendidikan Percuma adalah untuk yang layak dan bukan pada mereka yg take it for granted kemasukan mereka ke universiti.
Ye la mungkin masuk sbb kuota ***** atau pun kuota2 lain yg ada dekat IPTA di Malaysia.




Budak uni kena berfikir macam budak uni. Masuk uni bukanlah tiket untuk merasai absolute freedom sesuka hati tapi perlu guna platform untuk jadi lebih berdaya saing. Hidupkan uni tu dengan prog. ilmu atau lain-lain prog yg bg value-added bukan setakat sibukkan diri dgn menganggotai aktiviti parti-parti politik dekat luar kampus je.




Kita memang x dapat mengawal perkara berlaku disekeliling tetapi kita boleh mengawal perkara dalam diri kita.
Occupy Dataran!

No comments:

Post a Comment